Panduan Pengaktifan Akaun Paypal

"langkah demi langkah, dari awal sampai akhir"

Laman Utama | Download  

"Ketahui Langkah Cermat Untuk Mengaktifkan Akaun PayPal Anda"

 

Dari : Pejabat SOHO SmartUsaha.Com

Tarikh : 8 Oktober 2006, 9.15 pm

Mohd Zulfadli menulis;

PERHATIAN: Ebook PERCUMA setebal 17 muka surat ini AMAT DIPERLUKAN oleh anda yang akan dan telah memiliki akaun paypal.

Nota: Ebook ini bukan menerangkan cara mengeluarkan wang dari akaun paypal.

Sasaran Utama: Usahawan Internet Baru dan mereka yang ingin memiliki akaun PayPal

Perenggan Pertama:
"Pada saat memohon akaun paypal dahulu, saya tidak begitu tahu sangat mengenai paypal, petua penggunaannya, tetapi itu bukan masalahnya. Sebaliknya, saya bermasalah di dalam proses pengaktifan akaun paypal!" - saya sendiri :)

Proses pengaktifan akaun paypal di sini bermaksud, paypal menghendaki kita memasukkan maklumat kad kredit/kad debit atau akaun bank ke dalam akaun paypal kita. Ini bertujuan agar kita boleh mendapat status verified yang banyak kelebihannya.

Ya, disebabkan tiada rujukan yang jelas, saya telah gagal mengaktifkan akaun paypal saya iaitu di dalam proses menambah maklumat kad debit saya ke dalam akaun paypal saya.

Disebabkan hal ini, kad debit pertama saya iaitu Public Bank Debit Card (Visa Electron) telah 'ditolak' oleh sistem paypal. Kesungguhan untuk memiliki akaun paypal yang ada status Verified nampaknya tidak tercapai. Sungguh kecewa.

"Saya tak dapat masukkan kad debit sayalah ke akaun paypal ni."

"Alahai, kenapa PayPal kata kad debit aku tak sah?"

"Kenapa tak success success ni??"

"Please use another card.." - Jawapan standard paypal jika anda bertanyakan mereka ;)

 

STOP!!

 

Saya tidak mahu lagi mendengar keluhan-keluhan yang sama ini berulang-kali. Saya juga tidak mahu anda mengalami masalah yang sama seperti yang saya alami!

Maka dengan itu, saya mengambil keputusan untuk menulis apa yang saya tahu dan apa yang telah saya lakukan sendiri, di samping merujuk kepada mereka yang berpengalaman.

Hasilnya, wujudlah sebuah ebook panduan ini yang setebal 17 muka surat sahaja. Tak perlu tebal-tebal, kerana ramai yang tidak larat untuk membaca panduan yang tebal-tebal. :)

ebook percuma usahawan internet

Di dalam ebook Panduan Pengaktifan Akaun PayPal® ini, anda anda dihidangkan dengan beberapa menu yang mengandungi zat protein yang tinggi. :) Anda akan mempelajari langkah demi langkah:

Pendaftaran Akaun PayPal

  • Anda jangan meremehkan langkah pertama ini, kerana saya kerap juga ditanya bagaimana untuk mendaftar akaun paypal

  • Di bahagian satu ini, amat sesuai bagi anda yang ingin membuka akaun baru paypal lebih-lebih lagi anda belum ada akaun paypal

Menambah Kad Kredit / Kad Debit ke Akaun PayPal

  • Inilah pokok pangkal perbicaraan ebook ini. Anda perlu memiliki kad debit atau kad kredit terlebih dahulu untuk melakukan langkah ini. Jika tiada, saya ada jelaskan sedikit di dalam ebook ini mengenai kad debit

  • Di dalam langkah ini, anda akan mempelajari langkah demi langkah cara menambah kad debit

  • Yang penting, anda akan mengetahui apakah kesilapan besar ramai orang yang GAGAL menambah kad debit mereka ke akaun paypal

Proses Verifikasi (Pengesahan) Kad Debit / Kad Kredit

  • Langkah kedua di atas walaupun sudah berjaya anda lakukan, namun belum bermakna langkah anda sudah tamat. Proses verifikasi ini bertujuan untuk memastikan anda adalah tuan punya sebenar kad debit yang telah dimasukkan tadi di langkah kedua

  • Anda akan ditunjukkan secara langkah demi langkah dan bergambar, bagaimana mengesahkan kad debit anda di akaun paypal

Proses Naik Taraf ke Akaun Premier

  • Jika anda hanya ingin memiliki akaun paypal untuk tujuan menerima bayaran semata dan membuat pembelian dalam jumlah yang kecil, maka akaun jenis Personal sudah mencukupi

  • Namun untuk Usahawan Internet, anda perlu memiliki akaun premier. Di bahagian ini, anda akan mempelajari cara menaik-taraf (upgrade) akaun personal ke akaun jenis Premier dengan hanya langkah mudah

  • Note: Bahagian ini menganggap anda telah memiliki akaun paypal dan jenis akaun adalah Personal


Petua Penting

Ada sedikit tips dan petua yang saya sertakan di akhir ebook ini. Untuk mengetahuinya, pastikan ebook panduan ini berada di dalam hard-disk komputer anda dan baca.. ;)

Akhir Kata:
"Walaupun panduan ini hanya satu panduan yang mudah, namun saya yakin ia akan membantu sesetengah mereka yang sangat baru kepada perkara sebegini."

 

Ikhlas,

Mohd Zulfadli bin Suddin - SmartZul
SmartUsaha.Com
"Perintis Blog EBiz"

TERKINI!!

Anda juga akan diberikan beberapa buah ebook lain lagi secara percuma. Semak emel anda sebaik sahaja mengesahkan pendaftaran emel. Daftar sekarang!


DAPATKAN SEKARANG!

 

>> Klik di sini untuk mendapatkannya <<

*Pendaftaran nama dan emel diperlukan.
Link download ebook akan dihantar ke emel anda.

 

 

Hakcipta Terpelihara SmartUsaha.Com 2006