|
"Ketahui dan Pelajari
Beberapa Perkara Penting Daripada
7 Orang Blogger Malaysia"
Daripada: Mohd Zulfadli
a.k.a SmartZuL

Usahawan Internet;
Blogger
21 September 2007
Saudara/i Sekalian,
Ramai yang
ingin menceburi bidang 'blogging' di kala ini. Ia dapat
dibuktikan dengan kelahiran ribuan blog dalam sehari tetapi
yang lahir itu terus hilang tak terjaga. Ramai yang minat,
ramai yang mahu, maka mereka pun mencubanya...
Tetapi,
mereka tiada panduan yang bersistematik dan langkah demi
langkah. Mereka menceburi bidang blogging atas dasar ingin
mencuba, "mana lah tahu, nasib aku baik...". Ada
juga yang membina blog dan kemudian tidak tahu untuk menulis
apa. Malah yang paling kroniknya di saat awal lagi mereka tak
tahu nak tulis apa, "aku nak tulis pasal apa ni?".
Di kisah yang
lain iaitu bagi mereka yang sudah pun mempunyai blog, mereka
tidak tahu bagaimana cara mengekalkan blog agar sentiasa
dikemaskini dan mereka tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan
pelawat ke blog mereka. Boleh dikatakan, blog mereka mati
segan, hidup tak mahu...
Sebenarnya,
ada satu cara mudah bagaimana untuk mendapat idea dan
inspirasi, ataupun panduan secara percuma. Caranya adalah:
"Melawat
blog sedia-ada terutama mereka yang berpengalaman dalam
'blogging' dan contohi apa yang mereka lakukan untuk blog
mereka. Kemudian, lakukan untuk blog anda"
Ya, ramai
yang hanya melawat blog orang lain tanpa melihat bagaimana
designnya, button apa yang ada, plugin apa yang diguna-pakai
dan bagaimana cara penulisannya di blog mereka.
Namun, jika
hanya melawat, ia belum memadai sehinggalah anda bertanya
sendiri kepada pemilik blog tersebut, bagaimana beliau
menulis, bagaimana cara mereka mendapatkan trafik, bagaimana
mengekalkan minat menulis dan sebagainya.
Untuk itu,
saya di SmartUsaha.Com telah menemuramah 7 orang
Blogger (sudah semestinya orang Malaysia) untuk
bertanyakan mereka 7 soalan mudah dan dengan itu terhasillah sebuah ebook yang bertajuk "Interview
Bersama 7 Blogger Malaysia".

Tujuh perkara
telah disoalkan kepada mereka dan jawapan yang diberikan
begitu berinformasi sekali:
1. Latar
belakang mereka. Anda akan melihat bahawa, blogger bukan
hanya orang pandai komputer, bukan hanya orang bisnes, malah
sesiapa sahaja boleh menceburi bidang 'blogging' atau memiliki
blog sendiri hatta anda adalah seorang tukang masak nasi lemak
atau si tukang jahit.
2. Mereka
ditanya kenapa mereka menggunakan Wordpress dan mengapa
tidak yang lain? Di dalam ebook interview ini, anda akan
mendapat jawapan mereka akan persoalan ini. Mereka akan
menyatakan keistimewaan sistem blog Wordpress yang mungkin
anda persoalkan selama ini.
3. Satu teknik
mendapatkan trafik (pelawat) ke blog mereka. Mereka akan
kongsikan satu cara bagaimana mereka mendapatkan pelawat ke
blog mereka.
4. Mereka
ditanya, adakah memasang blog Wordpress itu susah?
Jawapan kepada persoalan ini akan menjawab segala 'tuduhan'
salah yang mengatakan memasang blog Wordpress itu susah...
5. Soalan
cepu emas: Bagaimanakah cara mengekalkan blog
yang telah dibina agar terus ada pelawat dan sentiasa
dikemaskini? Persoalan ini adalah hidup dan mati blog anda.
Daripada 7 orang blogger yang ditemuramah itu, boleh dikatakan
mereka mencadangkan satu cara iaitu ______________.
6. Mereka
berkongsikan matlamat mereka mewujudkan blog mereka
itu. Dari sini, anda boleh ketahui "mengapa sesuatu itu
dilakukan...", maksudnya ADA MATLAMAT & TUJUAN.
Pelajaran di sini, blog anda juga mesti ada tujuan. Pelajari
daripada mereka, kenapa mereka wujudkan blog. Suka-suka? Buat
duit? Kongsi ilmu? Dapatkan jawapan mereka di dalam ebook
"Interview bersama 7 Orang Blogger" di laman web
ini.
7. Adakah
mereka menjana pendapatan melalui blog? Boleh dikatakan
mereka ada menjana pendapatan melalui blog dengan cara
tertentu bahkan telah begitu berjaya. Malah ada yang membina
kredibiliti melalui blog.
Item Tambahan 1: "Video
7 Blogger"
Bersama
e-book Interview, ia disertakan dengan sebuah video yang
memaparkan blog-blog milik 7 orang blogger tersebut untuk
panduan anda:



Di video
tersebut, akan dinyatakan serba-sedikit mengenai blog yang
dipilih sebagai rujukan dan panduan anda. Di akhir
video, beberapa tips blogging akan diberikan.
Item Tambahan
2:
"Apa Kata Mereka?"
Bagi
memantapkan keyakinan anda akan sistem Wordpress yang
digunakan untuk membina blog, maka disertakan himpunan
kata-kata mereka yang sudah lama dan juga yang baru
menggunakan sistem Wordpress.
Setelah
membaca kata-kata mereka itu, anda pasti akan yakin bahawa
sistem Wordpress amat mudah digunakan.
Item
EXTRA: "Projek XXX"
Kami
terus-menerus akan melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk
anda. Projek 7 Blogger ini adalah umpama pembuka tirai
(permulaan). Anda akan mendapat banyak lagi item-item yang
berguna dan bermanfaat dari semasa ke semasa.
DOWNLOAD
SEKARANG!
Usah berlengah
lagi, download Ebook "Interview Bersama 7 Orang
Blogger" dan juga Video tersebut sekarang
juga. Klik pada button di bawah:

Sahabat Ebiz Anda,

Mohd Zulfadli bin Suddin
http://www.smartusaha.com
http://bloggingsteps.com/tips
Hakcipta
Terpelihara (c) SmartUsaha.Com 2007
|